6.5.13

APA YANG KITA DAPAT DARI PRU 13

6.5.13
Apa khabar semua?? lama sungguh aku tidak update blog ni kan.. biasa lah kalau dah sikap malas menguasai diri, diri sendiri yang akan rugi..


Hari ini Malaysia sudah kembali 'sejuk' setelah keputusan PRU 13 semalam.. walaupun lewat jugak nak tahu keputusan penuh semalam..nampaknya BN masih lagi mentadbir negara kita, ini adalah pilihan rakyat Malaysia sendiri..


Semua pihak harus menerima dengan hati terbuka, yang menang kena kotakan janji.. yang kalah kena berusaha lagi untuk PRU akan datang.. jadi apa yang kita dapat dalam PRU kali ini?


Aku sendiri pum tak tahu.. hanya tunggu dan lihat saja.. apa yang aku harapkan negara kita akan terus sentiasa dalam keadaan aman dan harmoni.. jangan disebabkan politik negara kita hancur.. banyak contoh negara luar yang kita boleh lihat..


Orang Melayu kena buka mata selepas PRU 13 ni.. aku tengok orang Melayu kita sekarang agak ketinggalan.. kenapa aku tulis begitu? fikirkan lah..



2.3.13

RAWANG BURGER BAKAR @ SEKSYEN 24 SHAH ALAM

2.3.13

Kali ni aku telah berjaya mencuba pula makan Rawang Burger Bakar (RBB).. Kalo dulu aku pernah kempunan nak makan sebab orang ramai beratur.. Tapi tu kat tempat lain, tak salah aku kat seksyen 5 wangsa maju kut..

Sebenarnya cawangan RBB kat shah alam ni dah lama cuma sekarang baru aku sempat makan.. Korang mesti dah tahu kat mana kan..

RBB ni ada kat kedai Tat Nasi Ayam di seksyen 24 shah alam.. Kalo tak tahu kedai tu bersebelahan dengan Aeon Big atau dulu dikenali sebagai Carrefour.. Atau lebih senang lagi, korang tahu uptown shah alam kan.. Korang pasti jumpa kedai ni..

RBB ni kira macam menumpang kedai Tat Nasi Ayam la.. Masa tuk dapat burger ni selepas order agak cepat gak la..

Harga nya pun boleh tahan, murah gak dari burger bakar abang burn.. Yang dalam gambar tu namanya Hot Shot burger harga RM8... Rasanya sedap..

Dagingnya lembut, malah teksturnya berbeza dengan burger bakar abang burn.. Mungkin cara penyediaan burger tu membuatkan ia berbeza..

Maybe lepas ni aku akan datang lagi untuk mencuba RBB yang lain pula.. Maybe burger KLCC kut, hahah...

20.2.13

BURGER BAKAR BANJIR @ SEKSYEN 7 SHAH ALAM

20.2.13






Burger bakar banjir atau nama lain bagi Lava Grill Burger yang dijual di seksyen 7 Shah Alam. Korang boleh beli di kedai bernama Paung (kalau tak salah) sebab penjual tu macam tumpang kedai tu la..



Tak tahu? Kedai ni seberang jalan atau di hadapan kedai mee ketam yang top tu.. Kalau tak tau gak korang google la ye.. Aku dah lama tau kedai ni tapi tak sempat nak pergi..



Akhirnya sampai gak aku di kedai ni dan merasa burger bakar banjir ni... Harganya sedikit murah dari burger bakar abang burn dan rasanya pun lain sikit la.. Tapi sedap gak..



Cuma masa untuk burger tu sampai selepas order agak lama sikit.. Tapi takpe sebab nak merasa aku sanggup tunggu.. Heheh...



Adakah aku akan beli lagi burger ni? Mungkin jugak... Burger bakar banjir ni ada cawangan tempat lain, rajin - rajin la google...



Lepas ni nak try burger bakar mana lak...