10.5.10

Pengalaman Jadi Cikgu: Pelajar Kena Raba

10.5.10
Kembali lagi dalam episod pengalaman jadi cikgu.. huh? bila lak aku buat rancangan ni.. heheh.. sejak aku menerima feed back yang baik dalam entri (sila klik) aku sebelum ni aku pun terfikir nak buat entri pasal ni dalam bentuk episod (macam drama la pulak).. semoga pengalaman yang aku kongsikan semasa aku jadi cikgu dulu bole dijadikan iktibar kepada bakal guru dan guru. semua pengalaman ni korang tak perlu bayar, cukup lah sekadar korang baca dan berikan sedikit nasihat yang kita bole kongsi bersama..







Kisah kali memang panas sebab melibatkan kes meraba. 2 orang pelajar lelaki telah meraba seorang pelajar perempuan (takkan raba pelajar laki kut).. mereka ni satu kelas.. menurut budak perempuan ni, 'aktiviti' ni sudah beberapa kali berlaku dalam kelas ketika tiada guru. bila budak perempuan ni dah tak tahan, baru dia report pada guru disiplin.. ape lagi bila dapat tahu kat guru disiplin, meletop la kan.. time benda ni berlaku aku tak tengok sebab tengah mengajar..

Apa tindakan yang dikenakan? memang taubat la budak lelaki ni, insaf tak mau buat lagi.. menangis tak ingat la.. selain kena sebat sebanyak ... (tak bole bagitau), mereka didenda dengan meminta maaf dengan semua guru perempuan termasuk staff sokongan sekolah..  time diorang mintak maaf kat makcik kantin:

Budak Bersalah: "Makcik kami datang nak mintak maaf"
Makcik Kantin: " La..nape lak?"
Budak Bersalah: "Kami kena denda ni sebab raba budak perempuan"..
Makcik Kantin: "APA!!! korang meraba, nah raba makcik lak skang"..

Heheh.. sempat lagi berlawak makcok kantin ni, budak tu takkan nak raba kut..

Moral of the story: budak-budak skang ni dah terdedah pada gejala sosial, siapa yang kena betul kan benda ni. cikgu? mak bapak? orang awam? imam? semua sekali kena memainkan peranan masing-masing..


7 comments:

rossoneri said...

huhuuuuu,masa sekolah menengah dulu, nak beli barang nih kat kedai koperasi sekolah,bersesak2 lah kan waktu rehat...wooo masa tu mmg ramai amek kesempatan..

Azman Roslan said...

@rossoneri

Biasa la tu bila dah sesak2 camtu, mesti ada tersentuh.. heheh..

safiyyahosman said...

gila btoi..
tapi mmg ada la..
selalunya..
cikgu kaunseling yang gatai..
ohhohoho

Hasrol Nizam said...

fuh, pening tengok perangai yg tak elok budak2 skrg ni buat..

Nafisa81 said...

15 tahun yg lalu...kat sekolah koi dulu pon penah gak terjadi...insiden raba budak pompuan ni...terus kena buang sekolah...

Orange said...

kena hati-hati, bersedia dan reserch pendekatan terbaik ne..btw..En.Azman cikgu ke bekas cikgu ne..-yang benar..bakal cikgu huhuhu

Azman Roslan said...

@Orange saya bekas gstt.. heheh