7.5.10

Petua: Elak Kena Santau Melalui Minuman

7.5.10
Malam ni aku nak berkongsi sedikit petua yang mungkin korang anggap aku ni ketinggalan zaman. petua ni bukan aku petik dari cite filem santau tu ye.. ini petua dari sumber yang paling aku percayai. sebagai umat islam kita ditegah dari bersekongkol ngan jin/syaitan/iblis kerana ianya akan membawa kita ke arah kejahatan.. ok cukup ceramah, jom kita belajar ape itu santau? 

Santau ni secara ringkas perbuatan yang membuat orang yang dituju mengalami kesakitan sehingga boleh mati. antara cara santau ni dilakukan sama ada melalui angin, dalam minuman atau makanan.. ok paham tu.. sekarang ni aku nak bagi petua bagaimana nak elak dari kena santau melalui minuman.. selalunya berlaku pabila korang minum di kedai makan. jika korang pergi ke tempat yang korang tak pernah singgah dan hendak makan sila ikuti langkah-langkah di bawah sebelum minum air yang di order:


  • jika air yang korang order tu panas, sila rasa (dengan jari) pada bahagian bawah gelas minuman. jika korang rasa sejuk makna nya ada santau la dalam minuman tu.
  • jika air yang korang order tu sejuk, sila rasa pada bahagian bawah gelas. jika korang rasa panas makna nya ada santau dalam minuman tu.
Jika korang mengalami benda di atas sila tinggalkan minuman tersebut dan beredar terus dari tempat tu. benda ni (santau) kita tak tahu sape yang nak buat jahat kat kita. kita harus mengambil langkah berjaga-jaga walaupun korang rasa zaman moden sekarang ni orang dah tak guna benda2 santau ni.. INGAT!! rambut sama hitam, hati lain2 beb..

Ok la tu saja petua yang dapat aku kongsikan malam ni.. harap korang suka dan terima ye.. 


Sekian...

3 comments:

Anak Perak said...

pada tahun bila tah kat perak memang gempak abis psl kes santau ni.skrg mcm dah x dgr lgsg

Azman Roslan said...

dulu memang perak famous ngan santau ni, skang ni bukan takde tapi kurang skit..

Harimau Belantara said...

hehehe tak kan cengitu skali bro... nak sental pun tgk dulu kalo di kirim milo ais mesti ais diatas bro bawah belom kocak lagi tentu panas... macam tu saploh org kirim milo ais, neskape ais, takkan nak tinggal, bengkrap berkurap ler kodai pekara kurafat tu tinggal kan jer lah... bersedekah berdoa minta pada allah petua org tua tu lama nyer citer org lama ada skill dari pengalaman dan payah nak cakap macam... hang dah eksperimen jew nie mesti ang dah santet org kot