25.6.10

Cara Unik Menghilangkan Ketagih Dadah

25.6.10
Dadah merupakan masalah utama dalam negara kita dan juga seluruh dunia. dari dulu hingga sekarang berbagai macam jenis dadah yang telah terhasil untuk mendapat keuntungan yang besar. kalau nak diceritakan jenis dadah yang ada, aku rasa tak payah la nanti korang ingat aku nak ajar hisap dadah pula. hahah gurau je.. korang boleh google je tentang dadah ni, gerenti dapat maklumat tu.




Kita tahu sekiranya sesorang itu sudah mula ketagih dadah, memang payah nak hilangkan ketagihan tu kecuali dengan cara mati saja. tapi takkan korang nak bunuh orang yang ketagih dadah kan, mereka pun ada keluarga. ada sebab kenapa mereka menjadi penagih dadah yang kita tak tahu, berilah mereka peluang kedua. tapi, cara apa yang korang rasa mereka ni akan dapat hilangkan ketagihan tu.


Memang ada caranya, tetapi memerlukan keazaman yang kuat dalam diri penagih itu sendiri. keluarga dan masyarakat sekeliling juga patut menolong mereka ni untuk berubah, janganlah disisih dan dikeji, akibat perbuatan kita itu sendiri mereka akan kembali semula pada tabiat lama.. contohi macam pusat pengasih yang banyak artis masuk tu.



Aku pernah dengar satu cara yang korang pun mungkin tak pernah dengar. kalau korang ada dengar takpe la aku nak bagitahu yang tak pernah dengar lagi.. caranya ialah gunakan lebihan air mandi jenazah yang dimandikan pada hari jumaat. bukan air yang ditadah bawah jenazah tu, tapi air mandian yang lebih dan tak digunakan. bagi penagih ini minum air tu, sama ada terus minum macam tu atau buat la air kopi ke teh ke..


Itulah cara yang aku pernah dengar, betul atau tidak itu jangan tanya aku. kalau korang nak tahu korang tanyalah orang yang berpengalaman.. itu sebagai usaha sampingan, tapi niat penagih untuk berubah itu yang penting. dan kita sebagai ahlu keluarga dan jiran harus menyokong mereka..


p/s - usah jadi hamba dadah, kelak negara tergadai...

7 comments:

Nur Areefah said...

saya ketagih dadah game.camne =.=

Azman Roslan said...

@Nur Areefah
bagi game tu pada orang lain dan awak baca buku banyak-banyak.. hahah

mankuchai said...

wah ada juga ker cara macam ni...boleh beri suggestion pada pusat pemulihan ni.Kalau dia masih hisap gak,biarkan dia termimpikan alam kubur,mungkin dia akan insaf kot he3..

Fitrihadi.com said...

erkk mujarab ke cara ni? tak pernah dengar lak rawatan cara ni

Azman Roslan said...

@Fitrihadi.com
tak dapat nak pastikan mujarab atau tak.. aku cuma dengar dari orang lain je..

miss nana said...

baru ni klinik tempat nana keje ada sorang bekas penagih dadah meninggal. HIV. semoga dia dirahmati

armouris said...

info tentang dadah di SIHAT SELALU - Faktor Penyalahgunaan dan Ketagihan Dadah