5.9.10

Pening Raya - Lagu Raya M. Nasir & Salih Yaccob

5.9.10
Setiap kali menjelang hari raya, benda yang selalu dinantikan adalah lagu raya.. tidak dinafikan lagu raya memainkan peranan dalam menghangatkan lagi suasana hari raya. setiap tahun juga komposer berperah otak untuk menghasilkan lagu raya yang akan menjadi kegemaran pendengar. tapi banyak lagu yang telah dihasilkan kurang menambat hati pendengar melayu kita ni.. 


Mungkin kita telah biasa dengan alunan muzik lagu raya yang lama, jadi kita susah nak terima alunan lagu raya baru zaman sekarang ni.. tapi tahun ni aku agak teruja dengan satu lagu raya baru yang telah dinyanyikan oleh m. nasir dan salih yaccob, bertajuk pening raya.. lagunya agak rancak, dan liriknya juga yang ada kena-mengena dengan tabiat orang melayu kita, heheh..


Pertama kali aku mendengar lagu ni aku tersenyum sendirian pabila dengar liriknya.. paduan suara antara m. nasir dan salih yaccob memang menjadilah.. aku pasti lagu ni akan menjadi lagu yang evergreen atau orang kita panggil malar segar dimana lagu tu tetap best didengar walau pada 10 tahun akan datang. terima kasih kerana menghasilkan lagu yang berkualiti..


p/s - nak dengar lagu ni?? jom dengar kat sini...

0 comments: