16.12.10

Al Ameen enet Komuniti : Bagaimana Nak Daftarkan Ahli?

16.12.10


Sebelum ni aku telah terangkan bagaimana korang nak jadi ahli Al Ameen enet Komuniti. harap korang faham ye.. 


Aku telah menerima pertanyaan, bagaimana nak daftarkan orang lain di bawah kita jika mereka berminat? ok, senang je tu. sebelum tu aku nak bagitahu korang boleh gunakan 2 cara untuk daftarkan orang di bawah kita. 


Cara pertama : Off-line

Jika korang tidak membeli web replika yang berharga RM10, korang hanya boleh cari dan daftar orang secara off-line.

Maksudnya korang kena bertemu dengan orang yang korang nak jadikan mereka ahli di bawah korang tadi, kemudian korang terangkan sehingga mereka faham apa fungsi Al Ameen enet Komuniti dan kebaikan yang mereka dapat jika mereka join.

Sekiranya mereka mahu join, korang ambil maklumat seperti:
  • Nama penuh
  • No Mykad
  • Alamat rumah
  • No telefon
  • Email (kalau orang tu takde email korang boleh tolong buatkan atau ambil la upah sikit, heheh)
  • Username

(nota : semasa daftar ada bahagian password kan, korang buat password yang mudah diingat. sila salin password itu dan simpan untuk rujukan. kemudian bagitahu pada orang yang anda daftarkan..)

Semasa korang daftarkan maklumat atas tu, pastikan pada bahagian sponsor adalah nama  username anda. bagaimana nak tahu? sila tulis nama username pada kotak tu dan klik pada luar kotak.

Satu senarai nama, no ic dan no telefon akan keluar. jika betul itu anda punya teruskan daftar.macam mana? senangkan..


Cara kedua : On-line

Yang ini korang kena beli replika web yang berharga RM10 dahulu. macam mana nak bayar ada diberitahu dalam email selepas korang daftar sebelum tu. 

Selepas korang bayar nanti, sila tunggu untuk pihak HQ approvekan permohonan korang. mungkin ambil masa sikit, tapi korang boleh buat cara off-line dulu. harap korang sabar ye..

Macam mana nak tahu pembelian replika web kita sudah diapprovekan? korang gantikan username korang pada url bawah:

http://www.e-netkomuniti.com/?id=username

Bila korang taip pada browser dan keluar web tu, maknanya korang sudah boleh cari orang secara on-line. korang letaklah link macam atas tu dalam facebook ke, twitter ke atau blog.
 
Bila orang klik link korang dan daftar percuma, secara automatik mereka akan berada di bawah korang.. senang tak? 


Harap 2 cara di atas dapat membantu korang menambah ahli Al Ameen enet Komuniti. jadi pilihan di tangan korang nak buat cara mana? bagi aku baik korang beli saja web replika tu sebab korang boleh guna 2 cara atas tu..

Bagaimana nak bayar?

Kalau korang tinggal berhampiran dengan Area Center Al Ameen enet Komuniti, korang boleh buat pembayaran disana. sila lihat dalam laman web untuk mengetahui di mana center terdekat.

Jika korang tinggal jauh dari area center korang boleh buat pembayaran secara online. caranya ada ditunjukkan dalam email korang selepas mendaftar sebelum ni.

Susah nak cari orang..

Aku pun rasa macam tu jugak bila mula-mula join benda ni. macam mana nak cari orang? nak ke diorang join? malu la nak jumpa orang?

Semua tu aku rasa. tapi kalau korang faham betul-betul konsep Al Ameen enet Komuniti ni, pasti korang tak duduk diam, heheh.. tapi sabar dulu, jangan gelojoh sangat.

Sementara ni korang daftar dulu, dan baca apa yang web tu terangkan. tak pun korang baca penerangan dalam blog ni. aku jamin korang pasti rasa rugi sebab tak buat awal..


Ok lah jumpa lagi di lain entri.. sementara tu marilah:


(hanya 18 tahun ke atas saja)


p/s - benda ni perlukan usaha, kalau korang tak berusaha macam mana nak dapat hasil.. 


0 comments: