19.5.11

Calon Simpanan, Boleh lah...

19.5.11
Keputusan temuduga kerajaan yang aku pergi bulan lepas sudah keluar, tapi awal lak keluar nya.. dalam surat hari tu tulis 27 hb ni baru keluar keputusan..


Hmmm.. tak kisah la, janji tahu hasil temuduga tersebut. bulan lepas aku temuduga jawatan Penolong Pegawai Sains (Kimia). kalau korang pun temuduga juga boleh la semak sekarang ni..


Apa keputusan aku? macam atas tu lah, heheh.. jadi calon simpanan saja dalam tempoh setahun ni. mmm.. kira ok la tu, sebab selama aku pergi temuduga kat situ tak pernah dapat.


Kali ni dapat jadi calon simpanan kira ada perubahan la.. heheh.. tapi memang aku tak harap pun aku akan dapat jawatan ni masa temuduga hari tu..


Sebabnya penemuduga tu tanya aku soalan yang tidak ada kaitan atau soalan yang tak mencabar langsung. pasal aku belajar dulu pun dia tak sentuh.. macam dia dah jumpa calon je..


Dah la masa aku temuduga tu merupakan hari terakhir untuk jawatan tu, jadi faham sendiri la kan. yang kosongnya lak 1 je kut.. 


Adakah dengan menjadi calon simpanan aku akan dapat kerja ni nanti? korang boleh bagi pendapat tak? 



3 comments:

blog-tips-kurus said...

Insya Allah, kalau sudah tertulis ia untukmu.. mungkin lambat je.

*tak pernah jadi simpanan pon! selalu GAGAL je. hehe!

Azman Roslan said...

@blog-tips-kurus harap-harap begitu lah..

diana said...

mesti dapat..
heheh..
insyallah..
orang kata usaha kena iring dengan doa..