22.4.12

RANCANGAN SAFIYYA DI TV9 : LELAKI BOLEH TENGOK KE?

22.4.12
Siapa antara korang yang merupakan peminat rancangan safiyya yang disiarkan di TV9 setiap hari ahad pada jam 9 malam. ulangannya pada hari ahad juga pada jam 6.30 petang.


Rancangan selama sejam ni banyak memaparkan tentang fesyen muslimah yang ada dalam Malaysia, dan juga ada cerita tentang blogger.. tapi rancangan ni rasanya untuk wanita, jadi boleh ke lelaki tengok? heheh..


Nak ngaku pun malu gak sebenarnya, tapi aku memang ada tengok rancangan tersebut. pertama sekali pengacaranya Liyana Hashim yang cantik, huhu.. sampai member aku dah jadi gila bayang lak ngan dia (kalau member aku baca ni mau kena bantai..).


Pernah ada satu episod tu ada 2 blogger wanita yang top kat Malaysia ni iaitu blogger Fatin Liyana dengan Irine Nadia Maarcello tu.. korang kenal tak? kalau tak kenal pandai-pandai la google ye..


Yang aku bangga sikit la dalam episod tu ada disiarkan gambar undian Blog Pilihan Malaysia 2010.. wah kembang sekejap. hahah.. mana tak kembangnya, kan BPM tu hasil aku.. 


Tapi sayang aku tak cukup waktu untuk aktifkan kembali BPM ni.. memang aku nak aktifkan semula tapi mungkin memerlukan korang sebagai partner, kalau nak la kan..


Ok lah, bagi aku tak salah tengok rancangan ni. banyak benda yang aku pelajari dari rancangan ni.. tapi bila diorang nak interview blogger lelaki? heheh..


 

1 comments:

LidiaSuraya said...

Bolehhh je kot tengok.. Untuk
Tuntunan umum apa kn?

Btw
Salam kenal
I singgal n follow kamu k